Wednesday, June 3, 2009

Misi pertama

Misi pertama

Gua mula pandai keluar malam sejak dari darjah 6. Cuti sekolah. Masa itu keluar dekat-dekat. Tak depan rumah Bun, habis kuat pun Padang sekolah atau pun court badminton. Balik pun tak lambat. Dalam pukul 10, 10 lebih sikit. Itu pun tak selalu. Kalau ada Mcgyver, tak keluar.

Petang tu lepas balik dari sekolah, gua dengan Bun mengambil keputusan nekad bahawa projek pertama kami perlu dimulakan secepat mungkin. Seberapa segera. Projek gua ni takde kena mengena dengan projek membina jambatan mahupun projek membaikpulih longkang sepanjang jalan bakau condong anjuran Barisan Nasional. Misi gua ni sangat mencabar. Tahap mencabarnya sama dengan cabaran rejoice. Lokasinya padang sekolah.

Gua dengan Bun sampai depan rumah cikgu Zul. Laluan biasa untuk ke padang sekolah mesti akan lalu depan rumah beliau. Kalau bernasib baik boleh nampak beliau tidur di depan rumah. Hari tu Cikgu Zul takde.

Rumahnya senyap.

Bun berlari sekeliling kawasan rumah membuat tinjauan rambang. Masa gua dengan Bun pusing-pusing depan rumah cikgu Zul, bun sudah terjumpa satu kotak rokok dunhill 14 yang masih dalam keadaan baik.

Tanpa berlengah, Bun buka kotak.

***

Perh...masih ada baki 6 batang lagi yang belum dibakar. Sepantas kilat gua dengan Bun berlari meninggalkan kawasan rumah cikgu Zul menuju padang sekolah.

Petang tu untuk kali yang pertama dalam hidup, gua dengan Bun hisap rokok dunhill dekat padang sekolah gua. Niat kami pada mulanya nak pergi beli sebatang je. Tapi dapat 6 batang. Rasa macam hidup diberkati habis. Bun pulak muntah-muntah macam orang mengandung lepas hisap sebatang dunhill. Apa cerita brader...